PENGETUA


(EN. UMAR BIN SAIDIN)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya , saya diberi kesempatan untuk menitipkan kata alu-aluan untuk BLOG BARAKBAH bagi tahun 2014. Tahniah dan syabas kepada semua sidang redaksi yang berjaya menerbitkan blog ini. Penerbitan blog ini merupakan satu usaha bijak yang perlu diteruskan oleh pihak sekolah yang merupakan satu dokumentasi dan rekod perjalanan aktiviti sekolah sepanjang tahun baik dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar.
Diharapkan dengan kehadiran laman web ini para guru, ibu bapa dan pelajar dapat memanfaatkannya sebagai salah satu sumber informasi.